malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis dipercayai siasat 8 peti besi di Seri Perdana
ADS

Polis melaksanakan proses penyiasatan kira-kira empat jam di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini, yang pernah dihuni bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepasukan polis dengan 10 pegawai dan anggota yang menaiki tujuh kenderaan memasuki kawasan kediaman tersebut pada kira-kira 1 tengah hari sebelum kenderaan-kenderaan berkenaan dilihat keluar kira-kira 4.20 petang.

Empat daripadanya merupakan kenderaan rasmi polis manakala tiga lagi tanpa logo rasmi polis.

Pasukan polis itu dipercayai memasuki Seri Perdana bagi melakukan siasatan berkaitan lapan peti besi yang dikatakan terdapat di kediaman itu.

Seorang daripada pegawai polis di dalam kenderaan itu menyebut 'kosong' ke arah pihak media yang menunggu di luar Seri Perdana sebelum memecut meninggalkan perkarangan kompleks.

- Bernama
 

Lihat Komen