malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri dari Sabah, S'wak dinamakan kemudian, kata Saifuddin
Diterbitkan:  May 18, 2018 10:30 PM
Dikemaskini: 2:34 PM
ADS

Setiausaha agung Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan barisan kabinet akan memasukkan wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.

"Akan ada menteri dari Sabah dan Sarawak dalam (pengumuman) kumpulan kedua (kabinet)," kata Saifuddin dalam tweet Twitter pada malam ini.

Beliau menjawab pengguna Twitter yang mempersoalkan ketiadaan menteri dari Sabah dan Sarawak dalam barisan kabinet yang diumumkan awal hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan senarai nama 13 menteri bagi kabinet awalnya yang bakal mengangkat sumpah jawatan Isnin ini.

Di Sabah, PKR dan DAP masing-masing menang tiga kerusi, menjadikan enam kerusi Parlimen untuk HARAPAN, sementara sekutu mereka, Parti Warisan Sabah (WARISAN) memenangi lapan kerusi Parlimen.

Di Sarawak, HARAPAN menang 10 kerusi Parlimen dengan PKR memenangi empat kerusi manakala DAP pula menang enam kerusi.

Di seluruh negara, Pakatan Harapan (HARAPAN) menawan 124 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14.
 

Lihat Komen