malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Daim tahu di mana Jho Low, minta pulang bantu siasatan
ADS

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin mendesak hartawan kontroversi Low Taek Jho bagi membantu siasatan terhadap 1MDB.

Ketika ditanya sama ada majlis itu tahu berkaitan aset-aset dan rundingan perniagaan 1MDB, Daim berkata Jho Low adalah “saksi terbaik” untuk menjelaskannya.

“Saksi terbaik ialah Jho Low... Saya harap dia datang dan bantu saya.

“Saya tahu di mana dia, secara kasarnya saya tahu di mana dia.

“Oleh kerana dia tidak bersalah, saya harap dia datang bantu kita,” kata Daim dalam sidang media di Menara Ilham di ibu negara hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen