malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Laporan: Dr M boleh jadi menteri pendidikan, kata Anwar
Diterbitkan:  May 18, 2018 12:43 PM
Dikemaskini: 5:01 AM
ADS

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dan menteri pendidikan sekali gus tidak bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan, kata ketua umum gabungan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak fikir ia bertentangan (dengan manifesto). Sefaham saya, perdana menteri bukanlah satu portfolio.

“Perdana menteri mentadbir negara secara umum, begitu juga timbalan perdana menteri.

“Ini bukan portfolio,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star hari ini.

Media itu juga melaporkan Anwar menegaskan perkara itu tiada masalah sekali bukan memegang jawatan menteri kewangan.

Janji ke-12 dalam manifesto Pakatan Harapan menyebut perdana menteri tidak boleh memegang jawatan kementerian, terutamanya sebagai menteri kewangan.

Ikrar itu itu dibuat selepas perdana menteri terdahulu Datuk Seri Najib Razak didakwa memonopoli kuasa-kuasa penting dan menyebabkan kabinetnya menjadi pak angguk.

Lihat Komen