malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM: 17,000 penjawat awam lantikan politik akan ditamatkan
ADS

Kerajaan akan menyingkirkan 17,000 kakitangan awam dari lantikan politik bagi menjimatkan perbelanjaan negara, umum perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan jawatan lantikan politik sebagai 'pembaziran' yang harus ditangani kerajaan.

"Kita dapati terlalu banyak kontrak pegawai. Pegawai kontrak ini kalau ada diberi kontrak kerana keperluan pentadbiran, tetapi ada juga yang diberi kontrak kerana politik iaitu mereka adalah political appointees.

"Dan political appointees ini akan kita akan tamatkan semuanya.

"Kita mendapati bahawa seramai 17,000 orang adalah lantikan politik, kita perlu menyusunnya bagi tujuan penjimatan," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kakitangan berpendapatan rendah, termasuk pemandu, tidak akan ditamatkan tetapi akan dipindahkan mengikut kelayakan mereka.

Pada masa ini terdapat 1.6 juta penjawat awam dan 778,894 pesara kerajaan.

Kerajaan telah membentangkan RM280.25 bilion dalam Bajet 2018, di mana RM79.15 bilion digunakan sebagai bayaran emolumen.

Selepas bertugas pada 10 Mei, Mahathir merancang untuk mengecilkan kabinet kepada hanya 25 kementerian.

Beliau juga berkata penjawat awam di kementerian yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan.

Lihat Komen