malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
T'ganu harap pusat tak campur tangan kewangan negeri
Diterbitkan:  May 15, 2018 2:32 PM
Dikemaskini: 6:35 AM
ADS

Kerajaan Terengganu pimpinan PAS berharap kerajaan pusat Pakatan Harapan tidak campur tangan dalam pengurusan kewangan negeri.

Exco kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kali pertama PAS memerintah Terengganu pada 1998 selama sepenggal, berlaku campur tangan pusat, yang ketika itu dipimpin BN.

"Ketika kita (PAS) mentadbir Terengganu pada tahun 1999-2004, royalti minyak terakhir yang diterima kerajaan negeri pada tahun 2000, dan selepas itu kerajaan pusat potong royalti.

"Mereka (BN) ganti dengan wang ehsan atau dana khas yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) di setiap daerah.

"Situasi itu menjadikan berlakunya dua pentadbiran kewangan iaitu dari kerajaan negeri dan JPP.

“Kali ini, kita (PAS) tidak mahu perkara sama berlaku dan biarkan kerajaan PAS Terengganu mengurus sendiri pentadbiran kewangan negeri," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam itu turut mendesak pusat mengotakan janji pilihan rayanya dengan mengembalikan wang royalti Terengganu dan Kelantan.

Lihat Komen