malaysiakini logo
story-image
ADS

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak mahu kembali ke jawatan lamanya di suruhanjaya itu, menurut sumber SPRM

Bagaimanapun, sumber itu berkata Abu Kassim telah bersetuju membantu suruhanjaya itu memulihkan reputasinya selepas penyiasatannya terhadap 'skandal RM 2.6 bilion' tidak ditangani pentadbiran BN sebelum ini.

"Abu Kassim takkan balik jadi KP SPRM dan dia sendiri tidak akan menjadi KP. Abu Kassim tidak maju jawatan KP SPRM.

"Tapi dia akan membantu pulihkan imej SPRM kembali. Ada beberapa shortlist," sumber memberitahu Malaysiakini.

Sumber SPRM menjelaskan terdapat senarai calon berpotensi bagi jawatan itu dan dapat disahkan seawal esok hari.

Menurut sumber itu antara nama yang disenarai pendek ialah bekas timbalan pesuruhjaya SPRM (operasi) Datuk Seri Shukri Abdull dan penggantinya Datuk Seri Azam Baki.

Sumber itu juga berkata nama lain termasuk Datuk Mustafar Ali, yang terlibat dalam siasatan 1MDB tetapi telah dipindahkan ke Jabatan Imigresen serta mantan timbalan peguam cara negara, Datuk Seri Tun Abd Majid Hamzah.

Lihat Komen