malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

Lembaga pengampunan diraja akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan pengampunan terhadap Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 5 petang esok.

Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat menjangkakan berapa lama proses itu akan berlangsung

Namun, beliau positif Anwar akan mendapat pengampunan dan seterusnya dibebaskan esok.

"Saya diberitahu oleh peguam Anwar mengenai perkara ini dan setakat itu sahaja maklumat yang saya tahu.

"Insyaallah (Anwar keluar) esok tapi kita tak dapat menjangkakan bila. Tetapi tentunya Anwar akan terus buat sidang media esok," katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.

Anwar sedang menjalani lhukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan memberi pengampunan penuh kepada Anwar.

Ia juga membolehkan bekas ketua pembangkang itu kembali bergiat secara aktif dalam politik.

Sementara itu, Nurul Izzah ketika diminta mengulas pertemuan di antara Anwar dengan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, berkata ia satu prosedur normal.

Selain itu katanya memandangkan Anwar berada di penjara selama 11 tahun keseluruhannya maka beliau mempunyai ramai kenalan.

"Maknanya mereka sayang kat tahanan politik, baguslah. Kita hargai kerana sudah tentu mereka yang menjaga Anwar jalankan tugas dengan profesional.

"Jika mereka nak bertemu, kita rasa ia sesuatu yang baik dan dialu-alukan," katanya.

Lihat Komen