malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saham AirAsia jatuh lepas CEO minta maaf sokong Najib
Diterbitkan:  May 14, 2018 12:54 PM
Dikemaskini: 4:57 AM
ADS

Saham Kumpulan AirAsia Bhd jatuh 10 peratus dalam sesi dagangan pertama sejak pilihan raya Rabu lalu, selepas ketuanya Tony Fernandes memohon maaf kepada penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dua hari sebelum pilihan raya 9 Mei, Fernandes mengeluarkan video memuji Najib dan kerajaan BN kerana menyokong syarikat penerbangan tambang murah itu.

Sehari selepas itu, Najib memuat naik gambarnya dan Fernandes di depan pesawat AirAsia yang dihias dengan slogan kempen untuk BN, dan logo dacing.

Saham AirAsia jatuh 10 peratus hari ini tetapi bertambah baik sedikit selepas itu, berbanding kejatuhan 0.9 peratus dalam indeks Malaysia yang lebih luas, lapor Reuters.

Fernandes semalam meminta maaf kerana penampilannya dalam kempen BN selepas mendakwa ditekan selepas menawarkan diskaun tiket penerbangan hari mengundi dan susulan sokongan terbuka Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz untuk Pakatan Harapan.

Lihat Komen