malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zam: Anwar dianggap baling batu sembunyi tangan
ADS

ULASAN | Kenyataan segera Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan kepada kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukan sensitiviti beliau terhadap kerosakan politik yang dilakukan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang juga membangkitkan keraguan terhadap kesetiaannya kepada Mahathir.

Kenyataan Rafizi yang mendakwa pelantikan menteri-menteri kanan Mahathir tanpa kesepakatan, tidak muktamad dan bersifat sementara telah menimbulkan kecaman hangat di kalangan semua peringkat rakyat yang sedang mengharapkan perpaduan di ambang penubuhan kerajaan baru.

Dalam hal ini, Anwar yang mempunyai rekod tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri di era Mahathir telah segera dianggap sebagai baling batu sembunyi tangan kerana Rafizi adalah orang setianya.

Populariti Rafizi yang memuncak kerana kewibawaan, keberanian dan keintelektualismenya telah jatuh merudum dengan kemarahan dan cacian orang ramai yang meng anggapnya sebagai sangat ambitiuos dan egoistik, tidak matang dan tidak dapat memahami situasi negara yang dalam keadaan memerlukan kemantapan dan perpaduan.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ai memisahkan dirinya daripada kenyatan naibnya dengan meanggap itu sebagai pandangan peribadi Rafizi semata-mata.

"Itu pandangan dia, kita harus menghormati, tapi pada akhirnya dalam jemaah ini melihat kepada keputusan parti dan keputusan rasmi itu telah dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Anwar telah menyampaikan pandangannya kepada kepimpinan PKR untuk memastikan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr Mahathir yang juga Pengerusi HARAPAN dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri adalah mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Di antara reaksi pengikut blog saya ekoran dari tweet saya yang mengecam Rafizi tidak berhak bercakap bagi pihak PM Tun Mahthir mengatakan pelantikan menteri kanannya belum muktmad ialah:

Kitty: "Ramai sungguh yang nak susahkan Tun susun kabinet, perangai Rafizi macam ketam dalam bakul, akan tarik ketam lain ke bawah bila nak naik ke atas"

Athirah Abdullah: "Tun ada agenda negara yang lebih besar untuk diselesaikan. Tun mengorbankan keselamatan & nyawa dari ancaman, semata-mata untuk rakyat Malaysia yang Tun sayang. Saya hilang hati terhadap Rafizi. Beliau tidak layak untuk jadi pemimpin."

M Kha Sha: "Saya rasa Rafizi itu hanya mouthpiece DSAI. Kesian dia yang kena hentam"

Kerisiano: "Rafizi adalah aset.No worry."


TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN adalah bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen