malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KM Pulau Pinang angkat sumpah Isnin - tapi siapa?
ADS

Ketua menteri Pulai Pinang akan mengangkat sumpah di kediaman Yang Dipertua negeri Tun Abdul Rahman Abas, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Seri Farizan Darus.

Hanya seorang wartawan dan seorang jurugambar daripada setiap syarikat media akan dibenarkan hadir istiadat tersebut.

Bagi lelaki dikehendaki memakai baju hitam panjang lengan panjang dan songkok, untuk orang Islam, manakala wanita dikehendaki berpakaian sut hitam, baju kurung atau kebaya dengan selendang kepala atau tudung, untuk orang Islam.

"Mereka yang tidak mematuhi etika berpakaian ini tidak dibenarkan masuk," kata Farizan.



Lim Guan Eng, ketua menteri penggal lalu, kini berada di Kuala Lumpur, dengan Perdana Menteri ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (HARAPAN) baru.

Ditanya jika Lim akan dilantik sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk penggal ketiga walaupun menjawat kabinet persekutuan, Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow said berkata "tunggu pengumuman persekutuan".

Terdahulu, Lim telah mengumumkan Chow sebagai ketua menteri pengganti jika dia (Lim) dipenjarakan atas tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tidak pasti bagaimana kes itu akan diteruskan kerana Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan meneliti SPRM.

Kes Lim didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Mac, sepatutnya disambung semula pada 26 Mei.
 

Lihat Komen