malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tak hirau bantahan, Musa Aman angkat sumpah KM Sabah
ADS

PRU14 | Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri untuk kali kelima malam ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin.

Ia di sebalik tindakan sejumlah penduduk negeri itu yang mengadakan himpunan di bandar raya Kota Kinabalu bagi menyuarakan bantahan terhadap BN.

Tiada pihak yang mendapat majoriti mudah pada PRU kali ini. BN mendapat 29 kerusi DUN, jumlah sama yang diperolehi Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan rakan kerjasamanya PKR dan DAP.

Namun selepas Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memutuskan untuk bekerjasama dengan BN, ia memberikan majoriti mudah kepada BN untuk membentuk kerajaan negeri.

Presiden STAR Datuk Jeffrey Kitingan bagaimanapun mendakwa pemimpin BN akan meninggalkan parti mereka agar gabungan itu tidak lagi terlibat dalam politik negeri itu.

Tengahari tadi, Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan majlis tertinggi parti itu memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyokong WARISAN.

Tangau berkata ia bagi memulakan usaha menubuhkan kerajaan negeri baru.

Namun lima ADUN UPKO yang menang dalam pilihan raya kali ini menafikan perkara itu dan menegaskan mereka akan kekal dengan BN.

Lihat Komen