malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Tinjauan: PAS akan tinggal 2 kerusi saja
Diterbitkan:  May 8, 2018 7:44 PM
Dikemaskini: 1:06 PM
ADS

Badan tinjauan Merdeka Centre menjangkakan PAS hanya akan tinggal dua kerusi parlimen saja selepas pilihan raya umum esok.

Badan itu juga menjangkakan BN akan menang sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen manakala Pakatan Harapan hanya 83 kerusi.

Pertarungan sengit dijangka berlaku di 37 kawasan lagi.

Kedua-dua kerusi PAS dijangka akan diperoleh dari negeri yang ditadbirnya sekarang, Kelantan.

Badan kajian bebas itu menjangkakan PAS akan mendapat 28.1 sokongan pengundi Melayu, tidak berapa berbeza dengan HARAPAN (27.6 peratus).

BN pula dijangka akan mendapat 44.3 peratus sokongan Melayu.

Bagi pengundi Cina pula, PAS dijangka gagal mendapat sebarang sokongan, HARAPAN mendapat 84.2 peratus dan BN 15.8 peratus.

Bagi masyarakat India, trend sama dilihat apabila PAS dijangka mendapat sokongan terendah dengan 28.1 peratus, HARAPAN mendapat 56.5 peratus dan BN 41.3 peratus.

Tinjauan ini lebih kurang sama dengan dapatan Invoke Malaysia yang diasaskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menjangkakan PAS tidak mendapat sebarang kerusi.

PAS sebaliknya berkata mereka 'tsunami hijau” akan melanda.

Parti itu menganggarkan mereka akan meraih purata 52 peratus sokongan pengundi-pengundi Islam, BN memperoleh 39 peratus dan HARAPAN hanya sembilan peratus.

Lihat Komen