malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Arul Kanda kena 'sembur' dalam dialog dengan penduduk bandar
Diterbitkan:  May 8, 2018 12:36 PM
Dikemaskini: 4:44 AM
ADS

Di sebalik jawapan rasmi penerangan mencapai objektif, sesi penerangan 1MDB di kawasan bandar di Taman Lucky, Bangsar, Kuala Lumpur semalam tegang.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berdepan soalan sukar, malah kadang kala keras oleh sebahagian daripada 500 hadirin malam tadi.

Malah, ada yang bersorak bila tidak puas hati dengan jawapannya dan melaungkan perkataan “bullshit” (mengarut).

Dalam soal jawab bertajuk “You Ask, We Answer” (Kamu Tanya, Kami Jawab) itu, orang ramai mula membuat bising selepas Arul berkata beliau bukan datang untuk mempertahankan perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak atau bilionair Jho Low.

Penjelasannya tentang searah 1MDB dan model perniagaannya juga menjadi merangkak-rangkak selepas sering disampuk oleh orang ramai.

“Sebenarnya, 1MDB adalah masalah perniagaan tetapi dipolitikkan,” katanya yang terkenal sebagai pendebat sebelum ini.

Beliau juga disampuk dengan soalan berbunyi “Itu duit siapa?” dan “Hidung kami makin panjang” -- merujuk kepada kisah kanak-kanak terkenal Pinocchio yang hidungnya menjadi panjang apabila berbohong.

Hadirin lain cuma memerhati dan ketawa.

Ramai yang hadir dengan persoalan masing-masing dan Arul juga cuba menjawab semua soalan.

Antara isu ditimbulkan termasuk berkaitan kawalan dalaman syarikat, laporan yang tidak diumumkan dan kenapa laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dikelaskan sebagai rahsia rasmi kerajaan.

Sementara itu, seorang wanita bertanya soalan kenapa Arul menjelajah satu negara menjelang pilihan raya umum esok.

Arul menjawab beliau cuba memberi reaksi terhadap tindakan pembangkang menyebarkan “maklumat salah” berkaitan 1MDB.

“Semua ini mula lagi tahun ini, jadi saya mula buat sesi ini sebagai inisiatif syarikat, kerana kami 100 peratus syarikat milik kerajaan.

“Saya mahu betulkan maklumat salah dan menjawab soalan orang ramai.

'Saya tidak fikir ada CEO lain buat apa yang sama buat, sekurang-kurangnya bagilah saya sikit kredit untuk itu,” katanya.

Terdapat hadiri yang bertepuk tangan dengan jawapan itu.

Bagaimanapun ada juga yang berkata “Tidak!”

Peserta juga saling bertengkar sesama sendiri apabila seorang lelaki menegur Arul kerana tidak membuat penjelasan dalam bahasa Tamil kerana banyak hadirin berbangsa India.

Sesi dialog itu menggunakan bahasa Inggeris.

Kemudian seorang wanita menjerit “Kamu patut cakap Melayulah. Ini Malaysia.”

[Baca berita asal]

Lihat Komen