malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri kesihatan umum insentif untuk Felda di Palong
ADS

Seramai 265 peneroka Felda Palong Timur Dua dan Felda Palong Timur Tiga bakal menerima insentif tanam semula sebanyak RM4,000 seorang mulai hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan malam tadi.

Menurut beliau, pengumuman itu dibuat susulan pembayaran insentif itu baru sahaja diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Subramaniam berkata pagi tadi beliau sendiri telah menghubungi perdana menteri untuk meminta pembayaran insentif itu diluluskan bagi menamatkan penantian peneroka Felda di Segamat selama empat tahun.

"PM telah memberi keputusan untuk menyelesaikan segera masalah di sini dan bayaran akan dilakukan mulai esok," katanya ketika berucap di Karnival Muafakat Felda di Gugusan Palong Timur.

Beliau berkata pembayaran tersebut akan disempurnakan sebelum tarikh mengundi iaitu 9 Mei ini.

Dr Subramaniam juga berharap agar pembayaran insentif tersebut akan sedikit sebanyak dapat meringankan beban peneroka selama ini.

- Bernama

Lihat Komen