malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Serangan Dr M pada Najib bersifat peribadi - Hadi
Diterbitkan:  May 6, 2018 11:28 AM
Dikemaskini: 3:30 AM
ADS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini lebih bermotifkan peribadi dan bukannya demi kepentingan negara.

Beliau berkata kritikan Dr Mahathir juga semata-mata ingin melihat Najib tidak lagi menjadi perdana menteri dan bukannya berhasrat mengubah sistem pemerintahan sedia ada kepada yang lebih baik.

“Masalah kita bukan masalah orang tetapi masalah nak ubah kepada pemerintahan Islam yang lebih baik,”katanya ketika berucap pada Program Santai Ayah Chik dan UIA yang dihadiri kira-kira 500 orang di Dataran Shah Bandar di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata parti itu tidak berhasrat untuk berebut kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi mahu kerajaan mengubah cara pemerintahan sedia ada.

- Bernama

Lihat Komen