malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
SPR: Lapor SPRM dakwaan Jamal 'beli undi'
ADS

PRU14 | Pihak yang tidak berpuas hati dengan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos berhubung dakwaan membeli undi perlu melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Isnin lalu, Jamal dalam suatu majlis kempen BN menawarkan RM25,000 untuk cabutan bertuah dan janji pemberian tunai RM2,000 kepada setiap pengundi jika parti itu menang PRU14.

"SPR cuma menguruskan urusan pilihanraya sahaja," katanya ketika ditanya sama ada SPR akan mengambil tindakan terhadap Jamal atas pemberian tunai RM25,000 cabutan bertuah kepada pengundi di Sekinchan.

"(Laporkan) kepada SPRM bahawa ada kejadian sedemikian, dan dia akan ambil tindakan.

"Yang ada kaitan dengan rasuah ke, salah guna kuasa ke, itu SPRM.
Hal rasuah memang SPRM punya urusan,"  katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata pegawai SPRM akan mengambil tindakan jika laporan dibuat atas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Mei lalu, Jamal menjanjikan nelayan Sekinchan RM2,000 setiap satu jika gabungan itu memenangi kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-14.

Beliau juga menawarkan RM25,000 dalam cabutan bertuah kepada seorang pengundi di Sekinchan pada 30 April

 

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen