malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Arutchelvan PSM lancar manifesto 15 perkara untuk Semenyih
ADS

PRU14 | Calon PSM Semenyih S Arutchelvan hari ini melancarkan manifesto 15 perkara dan menandatangani surat akujanji peribadi sebagai bertanggungjawab terhadap janji-janjinya.

Manifesto itu dibahagikan kepada empat agenda utama - menaik taraf kemudahan awam, menggalakkan penyertaan langsung penduduk Semenyih dalam pentadbiran tempatan, melindungi alam sekitar dan peningkatan sosio-ekonomi.

Antara penekanannya termasuk cadangan untuk meningkatkan penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah dan kualiti hidup penduduknya.

Berbanding dasar kerajaan negeri sementara yang diterajui Pakatan Harapan untuk memberikan pengecualian cukai taksiran bagi rumah pangsa kos rendah, Arutchelvan sebaliknya mencadangkan supaya penduduk dilepaskan daripada bayaran yuran penyelenggaraan tahunan.

Katanya ini kerana ramai penghuninya rumah pangsa kos rendah masih tidak mampu menjelaskan bayaran yuran penyelenggaraan.

Oleh itu, beliau mencadangkan bagi mereka yang tinggal di rumah kos rendah, yuran penyelenggaraan dikecualikan tetapi cukai taksiran dikenakan semula.

Jumlah yang dikutip, akan digunakan oleh majlis tempatan untuk menyelenggara rumah pangsa, kata Arutchelvan semasa pelancaran manifesto di Restaurant 77 di Semenyih.

Beliau juga berjanji untuk berkempen supaya klinik kerajaan tempatan dinaik taraf kepada hospital, dan juga sebuah stesen MRT tambahan dibina di Semenyih dari Stadium Kajang dengan bas feeder ke Beranang - sebuah bandar majoriti Melayu kira-kira 10km dari pekan Semenyih.

Di bawah agenda menggalakkan penyertaan langsung penduduk, Arutchelvan berikrar untuk memperkenalkan pilihanraya tempatan untuk penduduk kampung, penghuni rumah pangsa kos rendah dan kawasan kediaman untuk memilih ketua mereka.

Katanya, perlu ada sistem untuk membina komuniti di setiap kawasan kerana mereka boleh memainkan peranan yang lebih besar untuk menjadi kerajaan tempatan.

Arutchelvan memberi contoh bagaimana ketua yang dipilih boleh mengesahkan bahawa kerja seperti memotong rumput telah dilakukan sebelum kontraktor boleh menuntut bayaran dari majlis tempatan.

'Tempoh kempen sukar'

Arutchelvan yang bertanding di Semenyih untuk kali ketiga, berkata persempadanan semula baru-baru ini menyaksikan penambahan pengundi baru dari Seri Putera dan Sungai Kantan - meningkatkan jumlah pengundi Melayu kepada kira-kira 68 peratus.

Setakat ini, katanya, maklumbalas adalah baik untuk mereka.

Tetapi menurutnya, cuaca sangat buruk - ia sangat panas pada siang hari dan hujan pada waktu malam hujan.

Banyak hari, katanya, mereka mengadakan ceramah pada waktu malam tetapi kemudiannya hujan dan tidak ramai yang datang," kata Arutchelvan, yang juga mengakui beliau menghadapi kesukaran untuk menembusi kampung-kampung Melayu di Beranang.

Arutchelvan berdepan dengan pertarungan empat penjuru di Semenyih dengan penyandang Johan Abdul Aziz dari BN, Bakhtiar Mohd Nor (PKR) dan Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS).

[Baca berita asal/penuh]

 

Lihat Komen