malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Hadi: Insya-Allah, pesawat murah ini tayar tak bocor
Diterbitkan:  May 3, 2018 12:39 PM
Dikemaskini: 4:41 AM
ADS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkongsi kesederhanaan hidupnya dengan menaiki pesawat murah bersama orang kebanyakan.

Beliau berkongsi gambar-gambar berkaitan di Facebook, yang antaranya memaparkan penyandang kerusi parlimen Marang berjalan menuju pesawat dan bergambar bersama pekerja lapangan terbang.

Hadi bagaimanapun sempat menyindir calon perdana menteri Pakatan Harapan yang baru-baru ini mendakwa pesawat dinaikinya disabotaj selepas tayarnya bocor.

"Kita tiada private jet (jet peribadi), naik kapal terbang murah bersama rakyat marhaen.

“Insya-Allah lebih selamat dijamin tidak dibocor tayar," katanya tanpa menyebut nama Mahathir secara langsung.

Pada 27 April lalu, Mahathir tidak dapat berlepas daripada apangan Terbang Subang selepas tayar pesawat sewanya bocor.

Beliau kemudian menggunakan pesawat lain selepas meminta bantuan seorang kawan.

Selepas tiba di Langkawi, beliau mendakwa pesawat itu disabotaj untuk menghalangnya menghadiri penamaan calon keesokannya.

Polis menyiasat Mahathir atas dakwaan menyebarkan berita palsu.

Perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak pula berkata Mahathir cuma “kelentong”.

Lihat Komen