malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Khaled: Kenapa tak umum nak jadi MB, Muhyiddin?
ADS

Menteri besar sementara Datuk Seri Khaled Nordin mempersoalkan niat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

“Apa rasional tanding peringkat DUN di gambir.

“Kalau nak jadi MB kenapa tak umum yang beliau tanding di gambir untuk jadi MB?” soal Khaled.

Khaled bagaimanapun sedar peluang Muhyiddin di peringkat pusat mungkin terjejas jika berbuat demikian.

“Kalau dia umum, dia habis di pusat. Maknanya sekarang ini dia tak ada tempat,” katanya.

Bercakap di Gambir hari ini, Khaled berkata orang Johor mahu tahu siapa calon menteri besar Pakatan Harapan.

Khaled bagaimanapun yakin BB akan mempertahankan Johor, negeri tempat kelahiran Umno itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen