malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'WARISAN sukar tangani sentimen anti Dr M di Sabah'
ADS

PRU14 | Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pencetus utama gelombang 'tsunami Melayu' yang menyebelahi Pakatan Harapan (HARAPAN), tetapi reputasinya di Sabah menjadi halangan bagi usaha Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal untuk menjatuhkan BN, kata penganalisis politik Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak.

"Beliau (Mahathir) menjadi beban pembangkang di sana, untuk WARISAN. Ini menjelaskan sebab WARISAN tidak benar-benar berminat mempromosikan jenama 'Mahathir' di Sabah.

"Malah, (ketika Mahathir menjadi perdana menteri) beliau memusatkan kekuasaan atas perbelanjaan negara. Dan apabila orang memintanya memohon maaf atas apa yang telah dilakukannya pada masa lalu, dia tidak melakukannya," kata Puyok petang tadi.

Timbalan presiden WARISAN, Darrell Leiking (gambar) sebelum ini mengakui sukar menghapuskan pendapat tentang Mahathir, khususnya berkaitan 'Projek IC' di negeri itu.

Laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah membuat kesimpulan, antara lain, bahawa 'Projek IC' yang begitu banyak diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu.

Siasatan mengesahkan bahawa projek itu didakwa digunakan oleh kakitangan awam untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, menyebabkan lonjakan penduduk di negeri ini.


BACA: Bekas SUK Sabah kata BN terlalu lama berkuasa


Puyok juga berkata pengaruh Shafie hanya setakat di pantai timur Sabah, kawasan tumpuan kerja-kerja politik WARISAN sepanjang dua tahun lalu ini.

Puyok berkata pengaruh Shafie di kalangan pengundi Islam di Sabah tidak sekuat gandingan pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman dan timbalannya Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Mereka cuba menjual jenama Shafie (di luar pantai timur) tetapi sukar ... Saya rasa selama ini, beliau dilihat sebagai orang yang sangat pro-kerajaan persekutuan," katanya.


BACA: Jo-Anna bukan sekadar gadis poster WARISAN


Puyok meramalkan BN akan terus berkuasa di Sabah. Beliau menjangkakan BN akan menang 45 kerusi DUN dan 21 kerusi Parlimen di Sabah, manakala HARAPAN dan WARISAN hanya dapat menguasai 15 kerusi DUN dan cuma empat kerusi Parlimen.

Lihat Komen