malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
'Anda tak boleh berkata tidak kepada Dr M'
Diterbitkan:  May 2, 2018 7:04 PM
Dikemaskini: 11:30 AM
ADS

Utusan Online hari ini melaporkan tentang rakaman video bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli yang tersebar di media sosial.

Menurut laporan itu, rakaman itu mengandungi dakwaan Tajuddin berhubung kerajaan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri telah memintanya untuk membeli MAS pada harga yang lebih tinggi daripada nilai pasaran.

Tajuddin mendakwa individu yang memintanya berbuat demikian adalah menteri kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin yang kini berkempen untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dipengerusikan Mahathir.

Beliau mendakwa dirinya pada masa itu bersedia untuk membayar RM5 seunit (atau kira-kira RM1 bilion bagi 224 unit saham MAS) walaupun harga pasaran RM3 seunit, atau kira-kira RM600 juta.

“Jadi saya sudah kekurangan, lebih saya bayar RM400 juta. RM400 juta (kalau) kerajaan nak pergi berhutang kat luar negeri pun pada masa itu, nak dapat RM400 juta, bercalar kasut, kaki (bila terlalu banyak berjalan untuk meminta dana).

ADS

“Ini saya bagi RM400 juta, jual lah kepada saya harga RM5 (seunit).

"Selepas itu, satu hari diam, keesokannya, Daim kata 'no' (tidak), RM8 (seunit)...saya kata saya tidak boleh beli.

"Lepas itu baru keluar, you don’t say no to the prime minister (Anda tidak boleh berkata tidak kepada perdana menteri),” katanya seperti dipetik laporan itu.

ADS

Menurut laporan itu lagi, Mahathir pernah menafikan dakwaan ini dalam memoirnya Doktor Umum.

Malaysiakini turut menerima rakaman itu.

Walaupun tidak jelas tarikh dan lokasi video itu dirakam, kemungkinan besar ia dirakam mutakhir ini memandangkan Tajuddin ada mengkritik tindakan Mahathir yang bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada PRU ini.

"Saya mengaguminya pada masa itu, tetapi melihat apa yang dia telah lakukan...(Mahathir) nak menyelamatkan Malaysia, (walhal) kita patut menyelamatkan Malaysia daripada Mahathir.

"Sejak dari mula, ketika dia masuk Umno pada 1969, dia kalah (dalam pilihan raya) dan tidak pernah memaafkan Umno...Dia kalah atas tiket Umno, jadi mengapa Umno perlu terus hidup?

"Jadi sebelum dia mati, dia perlu pastikan Umno mati dahulu," katanya.

Malaysiakini sedang berusaha untuk menghubungi Tajuddin untuk mendapatkan komennya berhubung perkara ini.

Tonton rakaman itu di bawah:


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen