malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Nik Omar sedarkan bukan PAS saja masuk syurga'
ADS

PRU14 | Sokongan rakyat Kelantan terhadap calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini semakin terserlah selepas mereka melihat perpecahan dalam PAS semakin serius.

Timbalan menteri sementara di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan Nik Omar, anak Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bertanding atas tiket PKR-Amanah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka membuka mata penyokong PAS terhadap parti mereka.

"Tindakan Nik Omar itu memberi kesedaran kepada penyokong PAS yang selama ini berpegang teguh hanya orang yang bersama dengan mereka (PAS) yang akan masuk syurga,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Wacana Ilmu di Universiti Teknologi Mara (UITM) di Machang, hari ini.

Asyraf Wajdi yang juga calon BN Parlimen Pasir Puteh berkata transformasi pemikiran perlu dilakukan segera bagi mengubah tanggapan sebilangan anggota PAS yang masih menyamakan Islam dengan PAS dan mendahului parti daripada agama.

 

-Bernama

Lihat Komen