malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Calon BN terpacak dalam hujan sambil tunggu Jagdeep
Diterbitkan:  Apr 30, 2018 9:19 PM
Dikemaskini: 1:39 PM
ADS

PRU14 | Kebiasaannya alam sekitar tidak menjadi bahan kempen bagi pilihan raya umum, tetapi calon BN bagi DUN Datok Keramat di Pulau Pinang kelihatan memberi keutamaan mengenai isu tersebut.

Anggota parti Gerakan, Lee Boon Ten memuat naik video pendek di laman Facebooknya yang mempersoalkan "ketiadaan" ADUN penyandang DAP, Jagdeep Singh Deo di tebing sungai yang mungkin atau mungkin tidak melimpah, berikutan hujan lebat.

"Ia telah hujan secara konsisten dan saya dan pasukan saya telah berada di sini sejak awal pagi ... kami telah memantau tahap sungai, sekiranya ia melimpah, di mana anda Jagdeep Singh? Saya masih menunggu di sini," katanya dalam mesej yang disertakan bersama hantaran tersebut.

Sebuah video 26 saat mengiringi mesej itu. Dalam video tersebut, Lee dilihat berdiri dalam diam di atas jambatan di sungai berkenaan sambil memegang payung ketika hujan lebat.

Video itu bermula dengan rakaman ke arah langit mendung dan seterusnya paparan membawa pandangan ke sungai yang semakin penuh, sebelum kamera bergerak menyorot Lee, yang dilihat memakai baju biru biru dan memegang payung merah.

Lee kemudian dilihat menunjuk ke arahnya dan kemudian ke bawah, bagi memberitahu beliau sedang berada di lokasi itu, sebelum menunjuk ke arah kamera dan memberi isyarat mempersoalkan keberadaan Jagdeep,

Video ini mendapat lebih daripada 7,300 paparan sejak ia dimuat naik petang tadi.

Pulau Pinang sering dibelenggu isu-isu banjir, yang dikatakan pengkritik berpunca daripada pembangunan di negeri itu.

Lihat Komen