malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jangan kirim undi pos pada saat akhir, kata SPR
ADS

PRU14 I Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengingatkan mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi pos agar tidak menghantar undi pada saat terakhir.

Undi pos mesti tiba di pejabat pegawai pengurus pilihan raya SPR (RO) sebelum jam 5 petang pada hari mengundi iaitu pada Rabu, 9 Mei untuk diambil kira.

Sehubungan itu Mohd Hashim menasihatkan pengundi pos agar tidak bertangguh apabila mereka menerima kertas undi.

"Kalau terima borang dan simpan 7 hari, Last minute baru hantar jadi akan ada sedikit masalahlah.

"Saya sering kali meminta supaya pengundi kita di luar negara buat pilihan dan terus hantar kepada Returning Officer (RO)," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat suruhanjaya itu hari ini.

SPR tidak menyatakan bila suruhanjaya itu mengedarkan kertas undi ke alamat pengundi pos tetapi sebelum ini berkata ia akan melakukannya "seawal mungkin".

Undi pos harus diletakkan dalam sampul yang dialamatkan kepada RO di kawasan mereka. Sebagai alternatif, ia boleh dihantar ke pejabat RO di pusat-pusat mengundi.

Mengulas kenyataan badan pendesak pilihan raya bebas dan adil, BERSIH terhadap proses undi pos, Mohd Hashim berkata suruhanjaya itu komited untuk membolehkan seramai mungkin keluar mengundi.

"Kami mahu mereka yang tinggal di luar negara mengundi, itu sebab kita perkenalkan kaedah baru ini. Kita akan menghantar borang ke tempat mereka

"Sebelas hari, kira cukuplah tapi jangan disimpan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen