malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mat Said bawa dua isteri sekali gus ke pusat penamaan
Diterbitkan:  Apr 28, 2018 3:50 PM
Dikemaskini: 7:52 AM
ADS

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said mencatat sejarah buat dirinya apabila pertama kali diiringi dua isteri sekali gus ketika hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Berlian Kemaman, Chukai hari ini.

Ketika ditemui Ahmad berkata, kehadiran Norliza Mahmud, 52, dan Noor Hamilah Yahya, 46 memberi semangat dan dorongan kepada dirinya untuk kekal berjuang dalam pilihan raya, lapor Berita Harian.

"Memang tidak dinafikan kehadiran dua isteri memberi lebih dorongan dan semangat kepada saya untuk berjuang dalam PRU-14 kali ini.

"Pada PRU sebelum ini hanya seorang isteri yang mengiringi dan PRU-14 mencatat sejarah tersendiri kepada saya kerana dua isteri berada di sisi," beliau dipetik sebagai berkata.

Bekas menteri besar Terengganu itu dilapor berkata demikian selepas menyerahkan borang pencalonan pagi tadi.

Lihat Komen