malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jumlah bendera bukan ukuran peluang kemenangan
ADS

PRU14 | Setiap kali pilihan raya akan diadakan hal yang tidak dapat tidak akan diberi fokus utama pihak yang terlibat ialah bendera.

Begitulah keadaannya di negara ini sejak pilihan raya umum (PRU) yang pertama hinggalah pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini.

Begitulah yang berlaku di Terengganu sekarang. Ia juga secara tidak langsung menambah kehangatan detik-detik akhir sebelum hari membuang undi pada 9 Mei ini.

Walaupun tempoh kempen hanya akan bermula 28 April namun perang bendera bermula lebih awal. Malah boleh dikatakan hanya beberapa hari selepas parlimen dibubarkan.

Di Terengganu ini Malaysiakini mendapati segenap pelusuk negeri dimeriahkan dengan kibaran bendera parti yang akan bertanding nanti.

Secara umum warna-warni yang menghiasi landskap di sini ialah biru tua, biru muda bercampur merah dan hijau tua yang digandingkan dengan putih.

Kerancakan itu berjalan seiring dengan persediaan jentera parti.

Tak begitu menonjol

Tinjauan Malaysiakini di beberapa lokasi khususnya di kawasan parlimen Kuala Terengganu dan Marang mendapati aktiviti pemasangan bendera masih giat dijalankan.

Kelibat jentera parti juga semakin ramai apabila banyak ditemui di kawasan parlimen tersebut.

Seperti biasa, golongan muda menjadi tulang belakang dalam menyempurnakan tugas itu. Mereka sanggup bersengkang mata menyiapkan 'markas' serta memasang bendera parti sehingga lewat malam.

Kunjungan di pusat daerah mengundi (PDM) di Batu Buruk semalam mendapati aktiviti itu dilakukan mereka bersama penduduk setempat.

Selain bendera menghiasi sepanjang jalan di DUN berkenaan, beberapa khemah dihiasi bendera setiap parti turut didirikan.

Namun, sepanjang pemerhatian Malaysiakini selepas empat hari berada di sini didapati bendera parti gabungan gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) paling sedikit yang kelihatan.

Parlimen Kuala Terengganu dan Marang bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru antara BN, PAS dan HARAPAN yang diwakili Parti Amanah Negera (AMANAH), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mengakui perkara itu Pengerusi BERSATU Terengganu Datuk Razali Idris berkata pihaknya boleh menambah bilangan bendera mereka namun memilih untuk tidak mengikut rentak pihak lawan.

Kata Razali, kerana kehadiran begitu banyak bendera parti bertanding bukan ukuran peluang sesebuah parti untuk menang.

"Kita boleh tambah (bendera) tapi kita tak boleh ikut rentak mereka (pihak lawan), kerana pada (PRU) tahun 1999, bendera BN cukup banyak tapi PAS juga yang menang, (PRU) 2004 bendera PAS lagi besar tapi PAS kecundang.

"Jadi bendera banyak atau sikit, kita tak boleh buat ukuran parti itu akan menang," katanya.


Baca Hadi Awang tak kebal di Marang


Namun bagi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, beliau lebih melihat kepada undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"(Kita akan) simpan dulu dan kita akan mula (pasang bendera) selepas penamaan calon.

"Sebenarnya mengikut undang-undang SPR, bendera semua parti hanya boleh dipamerkan selepas penamaan calon.

"Jadi, kita lebih mengikut undang-undang berbanding kerajaan yang mentadbir," katanya.

Lihat Komen