malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Naib pengerusi MCA Perlis letak jawatan
ADS

PRU14 |  Naib Pengerusi MCA Perlis, Khaw Hock Kong, hari ini melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dipegang beliau dalam parti berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis itu menyatakan demikian dalam satu kiriman WhatsApp yang dihantar kepada pemberita di Kangar hari ini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 semasa pengumuman dibuat oleh Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di Dewan 2020 di Kangar, petang tadi.

Tempat Khaw digantikan dengan seorang lagi Naib Pengerusi MCA negeri, Teh Chai Ann.

 

-Bernama

Lihat Komen