malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Ka Chuan: Kekecewaan mereka di luar kawalan saya
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 8:46 PM
Dikemaskini: 12:50 PM
ADS

Setiausaha Agung Datuk Ong Ka Chuan berjanji akan cuba memujuk penyokongnya dari Tanjung Malim supaya bertenang dan menyokong BN dalam pilihan raya umum 9 Mei ini.

Ong, anggota parlimen dua penggal Tanjung Malim berkata, berkata demikian selepas penyokongnya berdemonstrasi di Putrajaya bagi membantah tindakan BN menggugurkannya.

“Saya sangat sedih perkara ini berlaku. Saya sudah buat kenyataan terbuka saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

“Bagaimanapun, penyokong yang pergi ke Putrajaya bagi menzahirkan kekecewaan mereka itu di luar kawalan saya. Saya telah bina perhubungan yang baik dengan mereka sejak 2008.

“Mereka macam anggota keluarga saya sendiri, macam abang dan kakak-kakak. Saya rasa mereka tidak boleh terima perhubungan kami akan berakhir dengan tiba-tiba,” katanya.

Kira-kira 300 orang pelbagai kaum hari ini berkumpul dekat Jabatan Perdana Menteri bagi menggesa Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mencalonkan Ong sebagai calon di kawasan mereka.

Ada pemimpin akar umbi BN yang memberi amaran akan mengundi pembangkang kerana tidak puas hati dengan keputusan parti mengumumkan Pengerusi MCA Perak Mah Hang Soon menggantikan Ong.

Kecuali tahun 2004 yang beliau tidak bertanding, Ong, 63, menang dalam kesemua pilihan raya sejak 1986 di kawasan itu.

Pakatan Harapan meletakkan pemimpin muda PKRChang Lih Kang di parlimen itu manakala PAS pula membariskan Tarmizi Abdul Rahman.

[Baca berita asal]

Lihat Komen