malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Petua Adnan Yaakob jadi wakil rakyat - jangan kebas rokok orang
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 6:51 PM
Dikemaskini: 12:42 PM
ADS

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis pengumuman dan penyerahan watikah kepada calon-calon BN Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kuantan, hari ini mengingatkan mereka yang terpilih untuk 'tidak terlampau gembira'.

Katanya, mereka harus sedar bahawa perkara itu datang bersama tanggungjawab yang berat dan berkongsi pengalamannya untuk menjadi wakil rakyat yang berjaya.

“Bila menang, berkhidmatlah untuk rakyat... wakil rakyat bukan susuah, (Wajib hadir) mesyuarat JKKK, mesyuarat PIBG, mesyuarat jawatankuasa surau masjid, mesyuarat NGO, itu je.

“Kenduri (kena hadir)... bukan payah perkerjaan ini. Betul, seminggu sekali, bukan hari-hari. Kalau hari-hari orang datang kita larilah pula.

“Penat seminggu kerja, dua minggu cabut pergi Kuala Lumpur pula. Orang tak marah. Dua minggu datang lagi. Ada duit, bagi,” guraunya sambil disambut gelak ketawa oleh hadirinnya di Kompleks Yayasan Pahang, di Kuantan, hari ini.

Selepas mengharungi tujuh pilihan raya sebelum ini, Adnan sekali lagi akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang menjadi kubu kuatnya sejak 1986.

Beliau turut memberi beberapa petua yang perlu dielakkan oleh pemimpin politik.

“Ini (perlu dielakkan), rokok orang kebas, duit orang tua kebas, (makan) mee goreng tak bayar, mana orang tak marah?

“Betul ada (wakil rakyat berbuat demikian)... eh, bawa rokok sebatang,” katanyanya.

Sambil mengingatkan mereka bahawa harga rokok sekarang mencecah RM12 sekotak, beliau sebaliknya mencadangkan supaya wakil rakyat yang memberi rokok kepada orang ramai atau penyokongnya.

“Dia (wakil rakyat) balun sebatang, seringgit lebih, patut kita (tanya), siapa nak rokok, mari!

“Bawa bekas rokok... biar cepat mampus kena kanser paru-paru,” katanya dengan nada berseloroh dan terus disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Pada majlis hari ini, Adnan juga memaklumkan PRU14 akan menjadi pilihan raya terakhir dirinya yang kini mencecah usia 68 tahun.

Beliau menjadi menteri besar Pahang ke-14 pada 25 Mei 1999 apabila beliau menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob.

"Saya memang sudah lama menjadi Menteri Besar, menjadi ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dan pernah menyatakan hasrat untuk berundur... tapi tidak dapat (berundur) atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat saya nyatakan.

"Tetapi kali ini, saya percaya ini adalah penggal terakhir saya bertanding. Saya akan berundur apabila tiba masanya," katanya.

Adnan juga mengingatkan calon BN pada kali ini yang memperlihatkan 32 penyandang dan 16 muka baru, bahawa majlis pengumuman hari ini bukanlah satu majlis bersuka-ria kerana terdapat beberapa nama yang terpaksa digugurkan walaupun telah menunjukkan prestasi kerja yang baik.

“Ada ketua bahagian pecah kerusi pejabat. mengamuk. Ada ketua bahagian mengamuk, bawa kawan-kawan pergi main golf di Pattaya.

“Macam-mana... itu belum yang berguling lagi,” katanya sambil meminta mereka supaya terus bersama perjuangan parti.

Adnan kemudian mengumumkan mereka yang digugurkan itu iaitu penyandang DUN Pulau Tawar, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, Datuk Maznah Mazlan (DUN Muadzam Shah) dan Datuk Lau Lee (DUN Damak) yang semuanya disifatkan sebagai rakan karibnya dalam bidang politik.

Beliau juga sebak semasa memuji ketiga-tiga mereka sebagai individu berjiwa besar kerana menunjukkan keterbukaan dan tidak sedikit pun berdendam apabila menerima berita nama mereka tidak tersenarai sebagai calon.

"Malah, mereka turut datang untuk bersama kita pada hari ini sebagai tanda sokongan. Saya berharap calon baharu di Damak, Pulau Tawar dan Muadzam Shah tidak akan mengetepikan mereka.

"Saya sedih dan sayu dengan pengorbanan dan sikap mereka semua. Kami tidak akan lupa anda bertiga dan tetap akan merindui kamu semua...ingatkan kita yang berada di atas untuk bersiap kerana kita, saya juga akan pergi bila tiba masanya," katanya.

Meteri besar itu juga sempat bergurau sebelum mengumumkan senarai calon-calon BN itu.

“Hilang pulah senarai.....ahh ada. ada ada,” katanya.

Berikut senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

P078 CAMERON HIGHLANDS
Datuk C Sivarraajh (MIC)
N01 TANAH RATA
Leong Tack Man (MCA)
N02 JELAI

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Umno)

P079 LIPIS
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Umno)
N03 PADANG TENGKU
Datuk Mustapha Long (Umno)
N04 - CHEKA
Lee Ah Wong (MCA)
N05 - BENTA
Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (Umno)

P080 RAUB
Chew Mei Fun (MCA)
N06 BATU TALAM
Datuk Abdul Aziz Kiram (Umno)
N07 TRAS
Eng Lek Pong (MCA)
N08 DONG
Datuk Seri Shahiruddin Moin (Umno)

P081 JERANTUT
Ahmad Nazlan Idris (Umno)
N09 TAHAN
Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak (Umno)
N10 DAMAK
Lim Chow Lee (MCA)
N11 PULAU TAWAR
Nadzri Ngah (Umno)

P082 INDERA MAHKOTA
Johan Mat Sah (Umno)
N12 BESERAH
Datuk Suhaimi Jusoh (Umno)
N13 SEMAMBU
Kuek Tei Sion (MCA)

P083 KUANTAN
Wong Kiew Lee (MCA)
N14 TERUNTUM
Tee Choon Ser (MCA)
N15 - TANJUNG LUMPUR
Tengku Datuk Seri Zulkifly Tengku Ahmad (Umno)
N16 INDERAPURA
Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (Umno)

P084 PAYA BESAR

Mohd Shahar Abdullah (Umno)
N17 SUNGAI LEMBING
Datuk Suhaimi Mohd Shah (Umno)
N18 LEPAR
Abd Rahim Muda (Umno)
N19 PANCHING
Datuk Zaili Besar (Umno)

P085 PEKAN
Datuk Seri Mohd Najib Razak (Umno)
N20 PULAU MANIS
Datuk Khairuddin Mahmud (Umno)
N21 PERAMU JAYA
Datuk Seri Sheikh Fuzi Sheikh Ali (Umno)
N22 BEBAR
Datuk Fakaruddin Mohd Arif (Umno)
N23 CHINI
Datuk Seri Abu Bakar Harun (Umno)

P86 MARAN
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Umno)
N24 LUIT
Nur Hidayah Shahimi (Umno)
N25 KUALA SENTUL
Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Umno)
N26 CHENOR
Datuk Ariffin Awang Ismail (Umno)

P087 KUALA KRAU
Datuk Seri Ismail Said (Umno)
N27 JENDERAK
Datuk Mohammad Jaafar (Umno)
N28 KERDAU
Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Umno)
N29 JENGKA
Datuk Wan Salman Wan Ismail (Umno)

P088 - TEMERLOH
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (Umno)
N30 MENTAKAB
Wong Tai Cei (MCA)

N31 LANCHANG
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (Umno)
N32 KUALA SEMANTAN
Datuk Nor Azmi Mat Ludin (Umno)

P089 BENTONG
Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA)
N33 BILUT
Poo Moon Hiong (MCA)
N34 KETARI
Datuk Lau Hoi Keong (GERAKAN)
N35 SABAI
Datuk R Goonasegaran (MIC)
N36 PELANGAI
Datuk Seri Adnan Yaakob (Umno)

P090 BERA
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
N37 GUAI
Datuk Seri Norol Azali Sulaiman (Umno)
N38 TRIANG
Tan Tin Loon (GERAKAN)
N39 KEMAYAN
Datuk Mohd Fadhil Osman (Umno)

P091 ROMPIN
Datuk Seri Hasan Ariffin (Umno)
N40 BUKIT IBAM
(Belum Diumumkan)
N41 - MUADZAM SHAH
Razali Kassim (Umno)
N42 TIOMAN
Datuk Seri Johari Hussin (Umno)

Lihat Komen