malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPR larang Suhakam pantau pilihan raya
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 5:26 PM
Dikemaskini: 2:28 PM
ADS

PRU14 l Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah gagal dalam usahanya untuk menjadi pemantau pilihan raya yang mendapat tauliah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam satu kenyataan hari ini, Suhakam berkata ini bermakna anggota suruhanjaya itu tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi.

"Keputusan ini sukar difahami terutamanya apabila Suhakam mendapat makluman pemantau pilihan raya antarabangsa yang akan membuat pemantauan semasa pilihan raya dijalankan.

"Suhakam dilihat sebagai sebuah badan yang berintegriti dan mendapat kekuatannya daripada mandat yang diperuntukkan di dalam undang-undang bagi melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia di Malaysia.

"Dengan mengambil kita kepentingan awam, Suhakam akan meneruskan rancangan pemantauan pilihan raya.

"Pilihan raya yang bebas dan adil atau tanpanya merupakan faktor integrasi hak asasi manusia, dan Suhakam menyeru SPR mengiktiraf dan memperakui prinsip asas hak asasi manusia yang berkaitan dengan pilihan raya berintegriti," kata Suhakam.

Pada 10 April lalu, SPR mengumumkan akan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi meninjau ketelusan proses pilihan raya umum (PRU) ke-14 melibatkan sekurang-kurangnya tujuh negara - Indonesia, Thailand, Maladewa, Timor Leste, Kemboja, Kyrgyzstan dan Azerbaijan.

SPR turut mengundang Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC) yang kurang dikenali untuk memantau pilihan raya.

Walau bagaimanapun, SPR tidak menyatakan syarat-syarat bagi pemerhati ini dan masih belum lagi mengenal pasti mana-mana pihak pemantau, walaupun hari penamaan calon cuma tinggal dua hari lagi.


BACA: NGO gesa Suhakam adakan inkuiri PRU14


 

Lihat Komen