malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nazri: Zahid paling layak bantu Najib tadbir negara
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 4:40 PM
Dikemaskini: 8:44 AM
ADS

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan seorang timbalan yang layak menjawat jawatannya kerana setia dengan perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dipetik berkata demikian dalam laporan akhbar.

"Individu yang setia dan layak membantu perdana menteri memerintah negara tidak lain tidak bukan adalah Zahid sendiri.

"Tiada 'gempa bumi' politik yang terjadi dalam tiga tahun lalu (sejak Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri), tiada khabar angin, semuanya dalam keadaan baik. Beliau telah buktikan diri beliau," katanya yang dipetik Sin Chew dalam program di Bagan Datuk.

Nazri yang berikrar akan menyokong Zahid menambah hubungan mereka rapat ketika mereka dalam sayap Pemuda Umno.

Pada Julai 2015, Zahid dilantik sebagai timbalan perdana menteri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib ekoran kritikan Muhyiddin terhadap isu 1MDB.

Pada perhimpunan agung Umno 2017, Umno meluluskan usul agar kedudukan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar dalam pemilihan parti itu.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan pergelutan dalaman menjelang pilihan raya umum.

Najib yang juga merupakan presiden Umno tidak pernah dicabar kedudukannya sebagai presiden sejak memegang jawatan itu pada 2009.

Najib menang tanpa bertanding pada 2009 apabila sistem kuota pencalonan masih diamalkan. Sistem itu dimansuhkan pada 2013.

Lihat Komen