malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

PRU14 l Pakatan Harapan (HARAPAN) Pulau Pinang hari ini melancarkan manifesto pilihan raya negeri yang menyajikan 68 akujanji yang bakal dilaksanakan jika gabungan itu mendapat mandat kuasa selepas hari pengundian pada 9 Mei ini.

Salah satu janji yang paling menarik adalah mengehadkan jawatan ketua menteri kepada dua penggal.

Mereka juga berjanji untuk melantik pemimpin pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan menyediakan dana untuk penambahbaikan pejabat mereka di dewan perundangan negeri.

Pada majlis ceramah di dewan Penang Chinese Town Hall itu yang penuh sesak dengan oramai itu, HARAPAN Pulau Pinang berikrar meneruskan pelbagai projek infrastruktur, termasuk lebuh raya, terowong bawah laut, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang menggabungkan LRT dan sistem bas awam bagi menangani masalah lalu lintas negeri.

Projek tebatan banjir

Projek infrastruktur yang dijanjikan HARAPAN itu termasuklah projek tebatan banjir serta menaik taraf pasar dan dewan komuniti.

HARAPAN juga berjanji untuk menyemarakkan keunggulan Islam di negeri itu, sambil menghormati agama-agama lain secara saksama.

Warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan menikmati bantuan tahunan wang tunai dari RM130 hingga RM200.

Sebanyak RM300 akan diberikan kepada rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 setahun untuk program kesihatan negeri.

Bantuan kewangan kos sara hidup juga akan diberikan kepada wanita yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Dari segi perumahan, Harapan berjanji untuk membina 75,361 rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik menjelang tahun 2025.

Semasa membentangkan manifesto tersebut, ketua menteri sementara Lim Guan Eng berkata HARAPAN berjanji memansuhkan tol bagi jambatan pertama jika gabungan itu berjaya mengambil alih Putrajaya.

"Mereka (BN) boleh mendesak pembatalan terowong bawah laut tetapi tidak menuntut pemansuhan tol di jambatan pertama dan tidak menyokong pelaksanaan LRT," kata Lim.

"Ini bermakna mereka tidak sepatutnya menjadi kerajaan Pulau Pinang," katanya lagi.

Berikut adalah sebelas teras utama dalam manifesto HARAPAN negeri:

- Cekap, bertanggungjawab dan telus
- Perumahan untuk semua
- Keusahawanan
- Meningkatkan kemudahan asas
- Dasar alam sekitar negeri hijau
- Pembangunan, pendidikan dan kemahiran
- Pelancongan, kebudayaan, kesenian, warisan dan sukan
- Negara kebajikan
- Memperkukuh status Islam
- Masyarakat berbilang kaum dan harmoni
- Mempertahankan hak-hak Pulau Pinang

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen