malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
BERSIH majukan 80 aduan pada SPR
Diterbitkan:  Apr 24, 2018 2:33 PM
Dikemaskini: 6:35 AM
ADS

BERSIH hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas menerima 80 aduan salah laku selepas pembubaran parlimen 7 April lalu.

Menurut jawatankuasa pemandunya, aduan-aduan antaranya melibatkan kes nama yang tidak berdaftar dan yang sudah meninggal muncul di daftar pemilih.

Secara khusus, aduan-aduan itu adalah:

  • Nama pihak tidak berdaftar muncul di daftar pemilih (24 kes)
  • Pemilih dipindahkan kawasan tanpa pengetahuan (14)
  • Penghuni satu rumah menginap di lain-lain kawasan (1)
  • Nama dikeluarkan dari daftar pemilih (16)
  • Permohonan pendaftaran dan tukar alamat tidak diproses atau bantahan difailkan tetapi pemilih tidak dimaklumkan (20)
  • Orang yang sudah meninggal dan melepaskan kerakyatan masih berada dalam daftar pemilih (5)

Nama-nama itu, menurut BERSIH, telah disahkan sendiri mereka setelah dibandingkan dengan daftar pemilih lama.

Lihat Komen