malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengerusi DAP Sarawak tanding kerusi 'kurang selamat'
Diterbitkan:  Apr 23, 2018 11:13 PM
Dikemaskini: Apr 24, 2018 6:09 AM
ADS

PRU14 |  Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendedahkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Stampin dan bukannya Bandar Kuching.

DAP memenangi kedua-dua kerusi tersebut dengan majoriti yang serupa tetapi Chong mendakwa Stampin telah menjadi kurang selamat kerana pengundi di sana telah dialihkan ke Bandar Kuching.

"Pada pilihan raya umum ke-13, DAP memenangi Stampin dengan 18,000 undi.

"BN berpendapat sukar bagi mereka untuk menang kerusi itu sehingga mereka memindahkan sekitar 28,000 pengundi di Batu Lintang dari Stampin ke Bandar Kuching supaya mereka mempunyai peluang yang lebih cerah bagi memenangi Stampin," katanya pada majlis ceramah di Kuching malam ini.

Chong menggantikan MP penyandang Stampin, Julian Tan Kok Ping yang secara terbuka mengumumkan tidak berhasrat mempertahankan kerusinya.

DAP memenangi Stampin dengan 18,670 undi dan Bandar Kuching dengan 19,642 undi pada pilihan raya umum lalu.

Ceramah malam ini menyaksikan Chong mengumumkan calon-calon DAP yang lain untuk pilihan raya umum ke-14 di Sarawak.

Pembantu Chong, Kevin Yii Lee Wuen akan menggantikan beliau bertanding di Bandar Kuching.

Calon lain yang diumumkan ialah Edward Luak (Serian), Tony Chan Yew Chiew (Bintulu) dan Mordi Bimol (Mas Gading).

Ketiga-tiga kerusi itu dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum yang lalu.

Berikut senarai penuh calon parlimen DAP negeri Sarawak bagi Pilihan Raya Umum ke-14:

Kuching – Dr Kelvin Yii
Stampin – Chong Chieng Jen
Serian – Edward Andrew Luwak
Mas Gading – Madi Bimol
Bintulu – Tony Chan Yew Chiew
Lanang – Alice Lau
Sibu – Oscar Ling
Sarikei – Wong Lin Biu
Kapit – Paren Nyaw

Lihat Komen