Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik cabarannya terhadap tiga undang-undang di Mahkamah Persekutuan yang membatalkan tuntutan mandatori bagi sesuatu rang undang-undang itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Hal ini, susulan Anwar mempunyai satu lagi kes permohonan mencabar undang-undang kontroversi Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mana rang undang-undang tersebut diluluskan tanpa perkenan Yang di Pertuan Agong. Mahkamah tertinggi negara telahpun membenarkan permohonan tersebut dibuat.
Anwar memfailkan cabaran terhadap Akta MKN di Mahkamah Persekutuan pada Mac 2018 lalu.
Datuk Seri Gopal Sri Ram (gambar, bawah) , peguam kanan yang mewakili Anwar bersetuju membatalkan cabaran 'kes perkenan Agong' hari ini.
"Kami bersetuju untuk menarik balik dengan kebebasan untuk memfailkan semula," kata Sri Ram di hadapan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif.
Tiada perintah dikeluarkan untuk kos. Peguam kanan persekutuan Datuk Amarjeet Singh dan Alice Loke mewakili pihak kerajaan.
Mahkamah Persekutuan perlu membuat keputusan mengenai persoalan undang-undang itu yang dimohon, iaitu jika Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa mendengar dan memutuskan tindakan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Seksyen 12 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983, Seksyen 2 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984 dan Seksyen 8 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 selari dengan perlembagaan.
Secara khususnya merujuk kes ketua biskop lawan menteri dalam negeri, kerajaan Negeri Sembilan lawan Muhammad Juzaili (kes LGBT) dan Mark Koding lawan pendakwa raya, Yeoh Tat Thong lawan kerajaan dan Ah Thian lawan kerajaan.
[Baca berita penuh]