malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAS tekankan pentingnya baiah, beri contoh Dr Burhanuddin cerai isteri
Diterbitkan:  Apr 20, 2018 8:33 PM
Dikemaskini: 12:39 PM
ADS

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam menegaskan kepentingan baiah memberi contoh tindakan Dr Burhanuddin Al-Helmy menceraikan isterinya dari Singapura.

Kata Razman, bekas Yang Dipertua Agung PAS itu berbuat demikian kerana isterinya tidak bersedia datang ke semenanjung untuk sama-sama memimpin PAS.

Perkara itu, kata Razman, membuktikan baiah sangat penting kepada PAS.

Razman turut memetik bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat, Prof Ahmad Ibrahim yang menurutnya telah meninggalkan jawatan besar di Singapura dan datang ke semenanjung untuk menunjukkan pegangan mereka kepada baiah.

Jelas Razman lagi, baiah yang dilaksanakan PAS menjadikan ahli-ahlinya lebih istiqamah dalam landasan perjuangan Islam dan matlamat asalnya.

"Bagi mereka yang berniat bersama PAS hanya sekadar untuk bermain di hotel atau jambatan pendek menyeberang cita-cita dunia atau sekadar menjadi penonton sahaja diucapkan selamat tinggal.

"Jangan beratkan bahtera PAS dan jangan sesekali bazirkan tenaga ahli-ahli PAS.

"Baiah lebih mewajibkan PAS supaya tidak menukarkan akidah perjuangan Islam, tidak dicabar kedudukan Islam yang wajib memimpin negara dan jangan mempertikaikan sewenang-wenangnya pelaksanaan syariat Islam," katanya.

Razman dilapor Sinar Harian berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PAS Perak PRU14, di Markas Tarbiyyah, Air Kuning, di Changkat semalam.

Sementara itu, di program berasingan di Kelantan, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan menjelaskan parti itu tidak lagi mewajibkan baiah taklik cerai isteri kepada calon mereka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Lihat Komen