malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
NGO gesa Suhakam adakan inkuiri PRU14
Diterbitkan:  Apr 20, 2018 6:22 PM
Dikemaskini: 10:48 AM
ADS

Kumpulan pertubuhan hak asasi dan masyrakat sivil mahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam atau inkuiri berhubung Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejurus selepas hari mengundi pada 9 Mei.

"Kami meminta Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung integriti dan cara PRU dilaksanakan sejurus selepas pilihan raya umum.

"Kami percaya bahawa inkuiri awam ini perlu untuk menentukan sama ada terdapat kecacatan serius dalam sistem pilihan raya yang melanggar hak perlembagaan rakyat," kata kumpulan itu dalam satu memorandum bersama mereka yang diserahkan kepada Suhakam di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum itu ditandatangani oleh wakil daripada G25, Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), BERSIH , Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Mereka berkata permintaan supaya siasatan awam diadakan adalah berdasarkan pelbagai isu yang dilapor dan didokumenkan oleh mereka serta hakikat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam menjelaskan isu-isu ini.

Kumpulan itu juga memuji Suhakam atas keputusannya untuk memerhati dan memantau proses pilihan raya PRU14.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen