malaysiakini logo
story-image
ADS

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar tidak menghormati orang yang lebih tua.

Rosmah berkata demikian kerana mendakwa Nurul Izzah yang dikenalinya sejak kecil lagi kini hanya memanggilnya dengan nama selain melemparkan pelbagai tuduhan ke atasnya.

"Saya tahu masa itu, saya tengok dia (Nurul Izzah) gigi pun tak ada lagi, masa dia umur 6 atau 7 tahun. Sekarang dia boleh panggil, dia tuduh saya macam-macam dalam media sosial media.

"Dia tak nak panggil saya Datin Seri Rosmah tak apa, panggilah aunty Rosmah ke, mak cik Rosmah ke, ini tak, terus-terus panggil saya Rosmah Mansor.

"Jadi orang macam ini kita nak pilih jadi wakil rakyat? Kalau kita nak wakil rakyat yang boleh tolong kita, yang menghormati perasaan orang lain. Sedap-sedap dia panggil saya Rosmah Mansor, saya kata eh budak ini picit nanti kang," katanya.

Justeru, tambah Rosmah, antara tujuannya menubuhkan program kebajikan Permata Negara adalah untuk mendidik kanak-kanak menghormati orang tua.

"Saya umur dah 65 tahun dah, dia boleh panggil saya Rosmah Mansor. Sedap betul, itu saya kata kalau macam ini tak payahlah, kita tak payah sandiwara bahawa kita cerita kat orang kita ini baik. Kalau benda asas macam itu tak boleh tahu nak hormat.

"Kalau kita dulu panggil orang dengan nama, mak kita cubit kita. Mak dia (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) tak cakap apa.

"Saya tak berkenan tengok perangai macam dia. Saya tak nak orang muda perangai macam ini sebab itu kita buat program Permata Negara.

"Kita ajar budak-budak ini hormat orang tua, macam mana nak hormat ibu bapa, hormat kepada cikgu, sekarang ini kita kena balik asal sebab nilai itu sudah hilang," katanya.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen