malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
93 peratus warga Felda kekal sokong BN, kata Shahrir
Diterbitkan:  Apr 20, 2018 2:51 PM
Dikemaskini: 6:54 AM
ADS

PRU14 | Sejumlah 93 peratus warga Felda masih kekal menyokong BN, kata pengerusinya Tan Sri Shahrir Samad.

Akhbar Sin Chew Daily semalam memetiknya sebagai berkata, kehadiran yang ramai penduduk Felda di acara anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak bermakna mereka telah menyokong gabungan itu.

Malah, katanya lagi, sokongan golongan itu terhadap BN lebih tinggi daripada dulu, ekoran banyak pembaharuan yang dilakukan sejak beliau menjadi pengerusi pada 2017.

Beliau berkata ia dapat dilihat dengan 93 peratus warga Felda yang menyertai "kempen unity" yang dilancarkan baru-baru ini dan beliau melihatnya sebagai tahap sokongan terhadap BN.

"Saya sendiri memerhati reaksi peneroka Felda (terhadap BN) positif," katanya pada Konvensyen Pembangunan Koperasi Felda 2018 di Bangi semalam.

'HARAPAN guna isu lama'

Shahrir yang merupakan penyandang Parlimen Johor Bahru menyifatkan pendekatan HARAPAN yang sentiasa membangkitkan "isu lama" setakat ini gagal meyakinkan warga Felda.

Katanya, usaha HARAPAN membangkitkan isu itu tanpa menyebut betapa beliau telah menanganinya ternyata gagal meraih simpati mereka.

Beliau antara lain merujuk skandal 1MDB dan dakwaan negara kini menanggung hutang yang besar.

Beliau berkata keadaan kewangan negara kini sangat baik dan ia ditunjukkan melalui kemampuannya membuat pinjaman dan membayar balik pinjaman tersebut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen