malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Desas-desus SUK Terengganu calon BN tanding PRU
Diterbitkan:  Apr 19, 2018 1:02 PM
Dikemaskini: 5:05 AM
ADS

PRU14 |  Media tempatan melaporkan ura-ura Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail bakal bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei depan.

"Hasrat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail bersara lebih awal menguatkan ura-ura beliau bakal bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei depan," lapor Berita Harian.

Nawawi telah dua tahun berkhidmat sebagai SUK sejak 3 Ogos 2016. Beliau sepatutnya menamatkan tugas pada 1 Jun 2018 tetapi akan berbuat demikian pada Mei ini.

Berita Harian turut melaporkan Wan Nawawi tidak menolak jika diberi tanggungjawab untuk bertanding atas tiket BN.

"Saya tidak tahu. Ini diatur oleh Ilahi sepanjang karier saya. Saya selalu menganggapnya sebagai anugerah Ilahi. Seperti juga kejayaan dalam bidang-bidang sukan yang saya dapat. Kalaulah terpilih saya juga akan mengabdikan diri untuk memberi perkhidmatan terbaik.

"Memang saya sudah berhasrat meninggalkan perkhidmatan ini lebih awal. Saya tidak melihat ia sebagai satu yang membanggakan dan jika dipilih, itu tanggungjawab yang perlu saya pikul," beliau dipetik berkata.

Beliau memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu pada 1 Julai 1981.

Lihat Komen