malaysiakini logo
story-image
ADS

PRU14 | Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi DUN Air Putih untuk penggal ketiga dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow membuat pengumuman di pusat perkhidmatan parti Tanjung Bungah hari ini . Lim selaku ketua menteri sementara turut hadir.

Chow juga mengumumkan calon kerusi Parlimen Bukit Bendera, Tanjung Bungah dan kerusi DUN Pulau Tikus. Penyandang Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari akan bertanding DUN Tanjung Bungah.

Zairil sebelum ini dikaitkan kontroversi peribadi telah menikahi teman satu parti Dyana Sofya Mohd Daud bulan lalu. Perpindahan beliau ke kerusi negeri dilihat sebagai langkah strategik.

Langkah itu mungkin membuka jalan kepada beliau menjawat kedudukan dalam majlis eksekutif negeri jika Pakatan Harapan (HARAPAN) mengekalkan Pulau Pinang dalam PRU14.

Zairil kemungkinan besar akan bertanding melawan calon Gerakan, H'ng Chee Way.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen