malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jamal tarik balik permohonan panggil 2 bekas IGP
ADS

Pengerusi Umno Sungai Besar Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos menarik balik permohonan untuk memanggil dua bekas ketua polis negara untuk memberi keterangan dalam pembelaannya terhadap saman bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Jamal sebelum ini berhasrat memanggil Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Dalam sesi terakhir, peguam Jamal mahu memanggil saksi tambahan walaupun tidak mengenal pasti dua bekas pegawai kanan pasukan keselamatan itu dalam pengurusan kes sebelum ini.

Maria diwakili oleh Laatheefa Koya.

Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar permohonan sepina Jamal terhadap Hanif dan Rahim.

Susulan penarikan balik permohonan itu, sambungan perbicaraan ditetapkan pada 24 Mei.

Jamal sendiri belum memberi keterangan pembelaan di samping saksi lain yang dipanggilnya termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maria menyaman Jamal selepas menuduh BERSIH diserapi oleh anasir-anasir pengganas IS.

Lihat Komen