malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rara: Pangkah 'mata', dari mata turun ke hati
Diterbitkan:  Apr 18, 2018 12:58 PM
Dikemaskini: 5:05 AM
ADS

Setelah bersetuju memakai satu logo PKR untuk pilihan raya umum 9 Mei ini, DAP telah mula memperjelaskan penyokongnya supaya tidak keliru membuat pilihan di kertas undi.

Anggota Melayu muda DAP Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara antara pihak yang tampil memperjelas berkaitan pertukaran logo itu pada penyokong mereka.

Berucap di Pontian, Johor, malam tadi, Rara mengingatkan orang ramai tidak mempedulikan logo lain di kertas undi, sebaliknya hanya memfokuskan pada logo 'mata' PKR.

“Nampak logo mata, orang Melayu kata apa? Dari mata turun ke hati, dia jatuh cinta.

“Jadi nanti hari mengundi, nampak kertas undi, nampak logo mata terus pangkah,” katanya dalam pelat Cina.

Rara berucap atas sebuah lori berlatar belakang kain rentang bertulis “Luaskan Harapan”, yang diinspirasi daripada slogan pasukan bola sepak Johor “Luaskan Kuasamu”.

Rara, yang akan bertanding pilihan raya di Ketari, Pahang, juga memberikan harapan bahawa pilihan raya kali ini pembangkang mempunyai harapan merampas Putrajaya.

Bagaimanapun, katanya, penyokong mereka harus bersungguh-sungguh dan bekerja keras ke arah itu.

“Kita mesti menang betul-betul. Uncle, auntie, kali ini, pilihan raya kali ini kita harus lawan mati-mati,” katanya.

Lihat Komen