malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
BERSATU tanding 10 parlimen, 18 DUN di Johor
ADS

PRU14 | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan akan bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Setiausaha BERSATU Johor, Datuk Osman Sapian berkata senarai calon penuh akan diumumkan oleh Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis ini di Pagoh.

“Saya boleh cakap ada empat calon wanita, dua calon Pemuda, tujuh bekas veteran Umno manakala yang lain adalah muka baharu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas BERSATU Johor di Johor Bahru, hari ini.

Osman berkata BERSATU akan bertanding kerusi DUN di Machap, Sri Medan, Bukit Pasir, Benut, Kempas, Kahang, Semarang, Bukit Kepong, Tanjung Puteri, Gambir, Parit Raja, Buloh Kasap, Permas, Bukit Permai, Puteri Wangsa, Tenang, Panti dan Endau.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu.

Setakat ini, Dr Mahathir telah mengumumkan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai calon Pakatan Harapan dan BERSATU untuk bertanding di Parlimen Muar.

Ini merupakan kali kedua BERSATU menangguhkan pengumuman calon negeri selepas ditunda pada Ahad lepas.


-Bernama
 

Lihat Komen