malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: The Loaf tak akan tutup jika ekonomi baik bawah Najib
ADS

Pemilik kedai roti premium The Loaf Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kedainya tidak akan ditutup jika ekonomi negara baik dan tidak ditadbir Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata, di bawah pentadbiran Najib, bukan sahaja kedai roti miliknya sahaja tutup malah banyak lagi perniagaan besar lain mengalami nasib sama.

“Kalau Najib tidak lagi jadi perdana menteri dan ekonomi negara baik, The Loaf mampu hidup dan untung. Tapi kalau kita ambil penyangak, negara akan hadapi masalah.

“Bukan sahaja Loaf, banyak lagi kedai lain yang tutup, banyak pelabur lari, bukan sahaja loaf sahaja, orang lain pun kena.

“Kalau nak betulkan balik (keadaan) Najib kena stepdown (letak jawatan),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat BERSATU, hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini mendedahkan usaha menjual The Loaf bagi mendapatkan dana pilihan raya tetapi gagal selepas pembelinya didakwa didatangi pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kesemua cawangan The Loaf di seluruh negara ditutup serta-merta Jumaat lalu kerana kegagalan itu.

Ahad lalu, Najib turut menyindir pembangkang yang menyalahkan BN kerana kegagalan menguruskan The Loaf.

Malah, pemimpin-pemimpin BN cuba menjadikan isu The Loaf sebagai bahan kritikan terhadap calon perdana menteri Pakatan HARAPAN itu.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor menyindir dengan meminta Mahathir belajar daripada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang berjaya mengaut “keuntungan” melalui syarikatnya Invoke.

Selain itu, Bendahari Agung MIC Datuk Seri S Vell Paari turut mempersoalkan bagaimana Dr Mahathir akan menyelamatkan Malaysia dalam seratus hari jika kedai roti sendiri tidak dapat diselamatkan.

Lihat Komen