malaysiakini logo
story-image
ADS

Polis Selangor telah menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat kes ugutan terhadap dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata ini adalah susulan daripada dua laporan yang diterima pihaknya hari ini berhubung ugutan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dan menasihatkan mereka supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki hari ini dilapor berkata pihaknya memandang serius perbuatan individu yang cuba mengugut pegawai kanan agensi itu dengan cara meletakkan peluru hidup serta nota amaran berbaur ugutan di dalam peti surat rumah pegawai kanan tersebut semalam.

Azam percaya perbuatan itu adalah berikutan beberapa siasatan kes berprofil tinggi oleh SPRM sejak kebelakangan ini.


-Bernama

Lihat Komen