malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas naib ketua wanita Umno sertai PAS
Diterbitkan:  Apr 16, 2018 9:32 AM
Dikemaskini: 3:03 AM
ADS

Selepas menyepi selama beberapa tahun, bekas Naib Ketua Umno Datuk Kamilia Ibrahim kini secara rasmi menyertai PAS.

Perkara itu dimaklumkan setiausaha agung Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

"Jawatankuasa Harian PAS Pusat menerima dan meluluskan keahlian PAS kepada Kamilia sebagai ahli seumur hidup," katanya dalam kenyataan.

Kamilia mula dilihat tidak sehaluan dengan pimpinan parti pada 2013 apabila menggesa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan sebagai ketua Umno ekoran terpalit dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau kemudian mengkritik kepimpinan Umno atas sebab tidak meletakkan pemimpin kanan Wanita sebagai calon dalam PRU pada tahun itu.

Selepas tiga dekad berada dalam Umno, Bekas senator itu dipecat daripada parti itu selepas mengambil keputusan bertanding di kerusi parlimen Kuala Kangsar sebagai calon bebas pada PRU itu.

Beliau bagaimnanapun hanya mendapat 447 undi.

Lihat Komen