malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
BERSIH ajak Pengerusi SPR berdebat
Diterbitkan:  Apr 12, 2018 10:16 PM
Dikemaskini: 2:22 PM
ADS

PRU14 | Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah untuk berdebat secara terbuka berhubung dakwaan beliau bahawa pilihan raya di Malaysia 'memang sedia kala telah bersih'.

Cabaran BERSIH itu dibuat dalam siri ciapan Twitter malam ini.

"BERSIH cabar Tan Sri Hashim untuk debat terbuka mengenai'keterlusan' proses pilihan raya. Debat ini mesti disiarkan secara langsung melalui media arus perdana," tulis suatu hantaran.

Ciapan kedua BERSIH pula berbunyi, "inilah masa yang sesuai (untuk debat) memandangkan proses berkempen belum lagi bermula."

Dalam sebuah video, Hashim berkata pilihan raya di Malaysia memang sedia kala 'bersih dan telus' dan sistem pemilihan Malaysia menjadi contoh negara lain.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual semasa pelancaran pusat operasi bersama SPRM, bagi orang ramai membuat aduan berkaitan rasuah, awal minggu ini.

Sebelum ini, berbagai pihak telah mengkritik SPR kerana didakwa melakukan kerja yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah. Tindakan SPR mengumumkan 9 Mei, hari Rabu, sebagai hari mengundi untuk pilihan raya umum ke-14 turut dikritik ramai.

Malaysiakini sedang menghubungi BERSIH untuk mendapatkan ulasan ciapan Twitter tersebut.

Lihat Komen