malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sentuhan fizikal: Mahkamah tolak rayuan keluarga Anwar
ADS

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membenarkan sentuhan fizikal ketika lawatan ke penjara.

Rayuan dibuat selepas semakan kehakiman keluarga Anwar, termasuk isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak dan cucunya, bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara Malaysia ditolak pada Mei tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan larangan sentuhan fizikal itu rasional dan wajar kerana tidak bercanggah dengan Peraturan-peraturan Penjara.

Hakim berkata, surat bertarikh Mac 2016 daripada Jabatan Penjara kepada keluarga Anwar berhubung larangan sentuhan fizikal tidak bersifat tidak wajar dan tidak seimbang.

"Surat itu menyatakan ia akan menimbangkan perkara itu berdasarkan kes. Maka ia wajar dan seimbang.

"Rayuan tiada merit dan kami menolak permohonan," kata Ahmadi.

Dua lagi hakim adalah Vernon Ong dan Datuk Suraya Othman.

Peguam N Surendran berkata mereka akan membuat rayuan kerana larangan sentuhan fizikal terhadap banduan bersifat tidak berperikemanusiaan.

[Baca berita asal]
 

Lihat Komen